TAKESHI CLUB
  PERLEMBAGAAN T.C
 

   

 

PERLEMBAGAAN  KELAB BEKAS PELAJAR TAKESHI (TAKESHI CLUB)
2008-2010

 

 

FASAL 1:        NAMA

 

Pertubuhan belia  ini  dikenali  sebagai TAKESHI CLUB atau  ringkasnya  TC di dalam perlembagaan ini.

 

 FASAL 2:      ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN  

                        

(1)    Alamat Pos Berdaftar

Alamat pos berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :

F-212 APARTMENT IMPIAN,

DAMANSARA DAMAI,

47830 PETALING JAYA,

SELANGOR

 

(2)    Alamat Urusan Berdaftar 

Alamat urusan berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :

F-212 APARTMENT IMPIAN,

DAMANSARA DAMAI,

47830 PETALING JAYA,

SELANGOR

 

(3)     Alamat  pos berdaftar  dan  alamat  urusan berdaftar  ini  tidak  boleh  diubah  tanpa kelulusan  Jawatankuasa Kerja    dan  hanya  boleh dikuatkuasakan setelah  mendapat  kebenaran  bertulis  daripada  Pendaftar Pertubuhan Belia.

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 3:    TAFSIRAN

 

(1)    “TAKESHI CLUB ” TAKESHI bererti nama sesuatu tempat di mana ahli kelab ini pernah tinggal bersama serta berkenalan, tempat yang di maksudkan ialah INSANIAH @ KUIN , dan TAKESHI merupakan gelaran bagi Istana lama yang terletak di kampus INSANIAH 

 

(2)   MESYUARAT AGUNG TAHUNAN” ertinya mesyuarat yang wajib diadakan oleh pertubuhan belia ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 10 Perlembagaan ini.

 

(3)     JAWATANKUASA KERJA”  ertinya  badan pengelola  bagi pertubuhan belia ini seperti yang disebutkan dalam fasal 13 Perlembagaan ini.

 

(4)       JAWATANKUASA KECIL” ertinya Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 15. 

 

(5)      PEJABAT”  ertinya  alamat  urusan berdaftar  pertubuhan belia  seperti  yang ditetapkan dalam fasal 2  Perlembagaan ini.

 

(6)      AHLI” ertinya ahli atau anggota pertubuhan belia seperti yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini.

 

(7)       PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA”  ertinya  Pendaftar Pertubuhan Belia  yang  dilantik  di bawah subseksyen 4(1) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 4:   TUJUAN

 

(1)             Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;

(2)             Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;

(3)             Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;

(4)             Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;

(5)             Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;

(6)             Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

 

FASAL 5:        LOGO/LAMBANG/BENDERA

    

(1)             Logo TAKESHI CLUB ini ialah terdiri dari satu bentuk segi empat berwarna biru dan didalamnya terdapat dua huruf iaitu huruf T dan C bagi mengantikan TAKESHI CLUB, warna biru menjadi lambang keamanan dan kedamaian di antara satu sama lain, dan warna kuning menjadi lambang keberanian dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan.  

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 6:   PERMOHONAN MENJADI AHLI

 

(1)             Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut :

(a)   Warganegara Malaysia;

(b)   Mestilah dari kalangan bekas pelajar KUIN @ INSANIAH Kuliyyah Muamalat iaitu merangkumi Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan dan Diploma Teknologi Maklumat

(c)   Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa;

(2)             Permohonan untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Kerja TAKESHI CLUB  untuk kelulusan.

(3)             Jawatankuasa Kerja TAKESHI CLUB boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.

(4)             Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 7:   BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

 

(1)             Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh ahli adalah seperti berikut:                                            

Bayaran Masuk   RM 10.00                                  Yuran Tahunan   RM  20.00

(2)             Yuran  tahunan  hendaklah  dibayar  tidak  lewat  dari  1hb Februari  tiap-tiap tahun kepada Bendahari.  Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

 

(3)             Sekiranya  yuran  tahunan  tidak  dijelaskan  dalam  tempoh  satu  tahun  tanpa  alasan  yang munasabah,  Jawatankuasa Kerja  berhak memberhentikan keahlian ahli yang berkenaan.  

 

(4)             Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa.

 

(5)      Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli

semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan  menyertakan  bayaran   pendaftaran,  yuran  tahunan dan  penalti  sebanyak  RM 25.00  Permohonan  ini  tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 8:   TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

 

(1)             Setiap  ahli  bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa;

 

(2)             Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik pertubuhan belia ini pada setiap masa;

 

(3)             Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat pada waktunya;

 

(4)               Setiap ahli  berhak menerima satu salinan Perlembagaan pertubuhan belia ini;

 

(5)               Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap, mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan;

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 9:   PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN  AHLI

 

(1)             Mana-mana  ahli   yang  membuat  permohonan  bertulis untuk berhenti  menjadi  ahli  dan  permohonannya  itu  diluluskan  oleh Jawatankuasa  Kerja  adalah  dianggap  sebagai  telah  berhenti menjadi ahli.

 

(2)             Setiap ahli yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan  dengan  Perlembagaan  TAKESHI CLUB  boleh  dipecat  atau digantung  keahliannya  bagi  sesuatu  tempoh  masa  sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kecil Disiplin atau sebarang jawatankuasa kecil lain yang sah dibentuk di bawah perlembagaan ini.  Sebelum tindakan  sedemikian  diambil,  ahli  itu  hendaklah  diberikan  surat tunjuk  sebab.  Ahli  berkenaan  hendaklah  diberi  peluang  untuk membela  diri.    Pemecatan  atau  penggantungan  itu  hendaklah berkuatkuasa  dari  tarikh  yang  ditetapkan  oleh  jawatankuasa kecil berkenaan.  Ahli  yang  terbabit  boleh  mengemukakan  rayuan kepada Jawatankuasa Kerja dalam tempoh empat belas (14) hari  dari  tarikh  keputusan pemberhentian tersebut.  Jawatankuasa Kerja  mempunyai  kuasa  samada  untuk  menerima,  menolak  atau membuat  apa-apa  keputusan  yang  lain  berhubung  dengan  rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Kerja tersebut adalah muktamad. 

 

 

 

FASAL 10:      MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

   

 

(1)             Mesyuarat  Agung Tahunan  adalah badan  yang  tertinggi  dan menyeluruh  bagi  TAKESHI CLUB  ini  berdasarkan  kepada  tujuan  dan matlamatnya.

 

(2)             Mesyuarat  Agung  Tahunan  hendaklah  diadakan  tidak  lewat dari tarikh 31 Dis tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  Kerja.  Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis, hendaklah diberikan secara  bertulis  oleh  Setiausaha  kepada  semua  ahli. Notis  itu  hendaklah  disertakan  dengan  agenda  mesyuarat bersama-sama  dengan  semua  salinan  dokumen  yang dinyatakan dalam agenda tersebut.

 

(3)             Korum  Mesyuarat  Agung  Tahunan  hendaklah  dihadiri  oleh tidak  kurang  satu  pertiga  (1/3)  daripada  bilangan  keahlian yang  layak  mengundi.  Sekiranya  korum  tidak  mencukupi selepas  satu  (1)  jam  dari  masa  yang  ditetapkan,  maka mesyuarat  itu  hendaklah  ditunda  kepada  tarikh  baru  dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi  pada  tarikh  baru  mesyuarat  itu,  maka  ahli-ahli yang  hadir  bolehlah  meneruskan  mesyuarat  seperti  yang telah ditetapkan kecuali meminda perlembagaan TAKESHI CLUB. 

 

(4)             Setiausaha  hendaklah  menghantar  kepada semua  ahli    dan Pendaftar TAKESHI CLUB  salinan  Penyata  Tahunan  tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 11: AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

 

   

(1)             Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara lain  agenda-agenda berikut :- 

 

(a)   menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;

 

(b)   menerima  dan  meluluskan  Laporan  Jawatankuasa Kerja/Jawatankuasa Kecil berkenaan aktiviti TAKESHI CLUB dalam sepanjang tahun yang lalu;

 

(c)   menerima  dan  meluluskan  Laporan  Bendahari  dan  Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi  tahun yang lalu;

 

(d)   menguruskan  hal-hal  lain  yang  dibentangkan  di  dalam   Mesyuarat Agung Tahunan ; dan 

 

(e)   memilih  Jawatankuasa  Kerja  yang  baru  mengikut  fasal  13 Perlembagaan  ini  dan  melantik  dua  (2)  orang  juruaudit mengikut  fasal  18  Perlembagaan  ini  setiap  dua  (2)  tahun sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 12:   MESYUARAT AGUNG KHAS

 

(1)             Mesyuarat  Agung Khas bagi pertubuhan belia ini boleh diadakan:

 

 

(a)   bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja;  atau

 

(b)   atas  permintaan  secara  bertulis  oleh  tidak  kurang daripada separuh  (1/2)  daripada  jumlah  ahli  yang  berhak  mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

 

(c)   Mesyuarat  Agung  Khas  yang  diminta  oleh  ahli-ahli  hendaklah diadakan  pada  satu  tarikh  dalam  tempoh  satu  (1)  bulan  dari  tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

   

(d)   Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat  Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah  jam  dari  waktu  yang  telah  ditetapkan  bagi  mesyuarat  itu, maka mesyuarat  itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam  (6)  bulan  daripada  tarikh  ini  Mesyuarat  Agung  Khas  atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak  boleh diadakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 13: JAWATANKUASA KERJA  

 

(1)      Jawatankuasa Kerja  hendaklah terdiri daripada:

 

(a)            seorang Presiden;

 

(b)              seorang Timbalan Presiden;

 

(c)              2 orang Naib Presiden;

 

(d)              seorang Setiausaha;

 

(e)              seorang Penolong Setiausaha;

 

(f)  seorang Bendahari; dan

 

 

(g)              7 orang Ahli Jawatankuasa

 

 

(2)              Setiausaha,  Penolong  Setiausaha  dan  Bendahari  adalah  dilantik oleh  Presiden  dengan  persetujuan  Jawatankuasa  Kerja  dalam mesyuarat  pertama  Jawatankuasa Kerja tersebut selepas Mesyuarat  Agung Tahunan. 

 

      

(3)       Semua ”pemegang jawatan” sepertimana yang ditafsirkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta tersebut berkaitan kehilangan kelayakan.   

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 14:   TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA 

 

(1)      Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil.

 

 

(2)       Menguatkuasakan  dasar-dasar  dan  keputusan    Mesyuarat  Agung Tahunan atau Khas.

 

(3)       Mengurus dan mentadbir pertubuhan belia ini dan menjalankan program atau aktiviti dari semasa ke semasa.

 

(4)       Mengkaji  dan  meluluskan  perbelanjaan  pentadbiran  dan  perbelanjaan program atau aktiviti yang diluluskan.

 

(5)       Meluluskan  peraturan-peraturan  baru  atau  cadangan pindaan perlembagaan  untuk  di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.

 

(6)       Menimbang rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Kecil Disiplin bagi ahli-ahli pertubuhan belia.

 

(7)       Membuat  pelantikan  dan  pemberhentian  kakitangan  pengurusan  yang bergaji jika ada.

   

 

(8)       Menimbang permohonan mana-mana orang untuk menjadi ahli pertubuhan belia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASAL 15:  TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

 

(1)             Presiden

 

(a)   Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

 

(b)   Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia.

 

(c)   Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari TAKESHI CLUB dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.

 

(d)   Menandatangani cek TAKESHI CLUB bersama-sama Bendahari TAKESHI CLUB.

 

(2)             Timbalan Presiden

 

(a)   Menjalankan tugas Presiden semasa ketiadaan Pengerusi.

 

(b)   Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus TAKESHI CLUB.

 

(3)             Naib-Naib Presiden

 

(a)   Menjalankan tugas Presiden semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Pengerusi.

 

(b)   Membantu Presiden dan Timbalan Presiden melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus TAKESHI CLUB.

 

 

(4)             Setiausaha

 

(a)   Bertanggungjawab kepada Presiden.

 

(b)   Melaporkan kepada Presiden segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat TAKESHI CLUB.

 

(c)   Mengendalikan urusan surat menyurat, penyimpanan rekod, fail dan dokumen TAKESHI CLUB.

 

(d)   Mengemaskini daftar ahli TAKESHI CLUB.

 

(e)   Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.

 

(f)     Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan TAKESHI CLUB.

 

(g)   Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan TAKESHI CLUB sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

 

(5)             Bendahari

 

(a)   Menguruskan hal berkaitan kewangan TAKESHI CLUB.

 

(b)   Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan TAKESHI CLUB bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

 

(c)   Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Presiden.

 

(d)   Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan belia.

 

(e)   Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli TAKESHI CLUB.

 

(6)             Penolong Setiausaha

 

(a)   Membantu Setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.

 

(b)   Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.

 

(7)             Ahli Jawatankuasa

 

(a)   Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja TAKESHI CLUB.

 

(b)   Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang diketuainya.

 

(c)   Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan TAKESHI CLUB secara keseluruhan.

 

(d)   Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya.

 

 

 

FASAL 16:   MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

 

(1)             Jawatankuasa  Kerja  hendaklah  bermesyuarat  sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan.  Notis mesyuarat hendaklah  dikeluarkan  tujuh  (7)  hari  sebelum tarikh mesyuarat. 

 

(2)             Presiden boleh memanggil  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada bila-bila masa beliau fikirkan perlu.

 

(3)             Sekurang-kurangnya  lima  (5)  orang  daripada  Ahli Jawatankuasa

Kerja  hendaklah  hadir  bagi  mengesahkan  perjalanan mesyuarat  dan mencukupkan korum mesyuarat tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 FASAL 17:  KEWANGAN

 

(1)             Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang TAKESHI CLUB boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan TAKESHI CLUB termasuklah perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan TAKESHI CLUB serta perbelanjaan lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti mana-mana pemegang jawatan atau ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2)             Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun TAKESHI CLUB.

(3)             Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden merupakan pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia.

(4)             Perbelanjaan yang melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang melebihi RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) bagi satu-satu masa perlu mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

(5)             Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan seberapa segera setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk makluman semua ahli TAKESHI CLUB.

(6)             Tahun kewangan TAKESHI CLUB bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.

 

 

 

 

 

 

FASAL 18:    JURUAUDIT

 

(1)             Dua  (2)  orang ahli yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa  Kerja boleh dilantik  semasa  Mesyuarat  Agung  Tahunan  sebagai  Juruaudit. Tugas  mereka adalah  membuat  pemeriksaan terhadap  penyata  kewangan  pertubuhan belia  dan  membuat  laporan  dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan TAKESHI CLUB.

 

(2)             Mesyuarat  Agung  Tahunan  boleh  juga  melantik  Firma  Audit  yang bertauliah  bagi  menjalankan  kerja-kerja  auditan  ke atas TAKESHI CLUB sekiranya perlu.

 

 

FASAL 19:   TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

 

(1)             Tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Jawatankuasa Kerja boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini.    Jawatankuasa  Kerja  juga boleh  memutuskan  perkara-perkara  yang  tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini sekiranya perlu dengan syarat tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang.

 

 

FASAL 20:    PERTIKAIAN DALAMAN

 

Adalah  menjadi  tugas  Jawatankuasa  Kerja  untuk menyelesaikan apa-apa  pertikaian  yang  timbul  di  kalangan  ahli-ahli  mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. 

 

 

FASAL 21:  PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT

 

(1)             Jawatankuasa  Kerja  boleh   melantik  seorang Penaung yang bukan dari kalangan ahli pertubuhan belia sekiranya perlu.

 

(2)             Jawatankuasa Kerja juga boleh melantik Lembaga Penasihat yang bilangannya tidak melebihi tiga (3) orang bukan dari kalangan ahli pertubuhan belia sekiranya perlu.

 

(3)               Penaung  atau  Lembaga Penasihat  tersebut hendaklah tidak mempunyai  hak  untuk  mengundi atau kuasa membuat keputusan bagi pihak pertubuhan belia. 

 

 FASAL 22:      PEMEGANG AMANAH

(1)             Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh TAKESHI CLUB. Semua harta tetap kepunyaan pertubuhan belia akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2)             Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah hakmilik harta kepunyaan pertubuhan belia dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan TAKESHI CLUB.

(3)             Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya. Pemegang Amanah yang baru boleh dilantik bagi menggantikan Pemegang Amanah tersebut melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

 

 

FASAL 23:   PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

(1)             Perlembagaan  ini  tidak  boleh  diubah  atau  dipinda  kecuali  dengan persetujuan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

 

(2)             Permohonan  untuk  meminda perlembagaan ini hendaklah  dikemukakan  kepada  Pendaftar Pertubuhan Belia  dalam  masa  enam  puluh  (60)  hari  dari  tarikh  keputusan mesyuarat  yang  memutuskan  perihal  perubahan  atau  pindaan tersebut.   Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan Belia.

 

 

FASAL 24:   LARANGAN

 

(1)             Segala bentuk perjudian yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia atau permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah atau premis pertubuhan belia : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

 

(2)             Pertubuhan belia atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

 

(3)             TAKESHI CLUB tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama TAKESHI CLUB atau pemegang jawatan.

 

 

 

 

 

FASAL 25:   PEMBUBARAN

 

(1)             Pertubuhan belia ini  boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil untuk tujuan tersebut.

 

(2)             Sekiranya pertubuhan belia ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan belia  yang sah dari segi undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut;

 

(3)             Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

 

 

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free