TAKESHI CLUB
  PROFIL KELAB
 

Kelab Bekas Pelajar Takeshi (KBPT) yang juga dikenali sebagai Takeshi Club (TC) ditubuhkan secara rasminya  pada 1 Januari 2008 mengikut Perlembagaan KBPT yang diasaskan oleh Saudara Mustafa Ahmad dan disokong oleh rakan-rakan. Penasihat pertama kelab ialah En. Ahmad Fahrizal Asmy Mohamed Yunus, Pensyarah KUIN. Walaupun belum ada catatan rasmi dalam Pertubuhan Persatuan Malaysia, namun usaha kearah itu sedang dikaji dari pelbagai sudut. Secara ringkas, sejarah kelab ini terbina di sebuah pusat pengajian tinggi di utara tanah air iaitu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Alor Setar, Kedah yang dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH). Nama Takeshi pula diambil sempena tempat penginapan, kelas pengajian dan pentadbiran pelajar-pelajar Kulliyyah Pengurusan yang sekarang dikenali sebagai Kulliyyah Muamalat. Tempat penginapan tersebut atau asrama terletak berhampiran Menara Alor Setar dan dalam kawasan istana lama milik Sultan Kedah yang terdahulu. Dari tempat itulah, tertubuhnya satu kelompok persaudaraan yang terdiri dari pelajar jurusan Pengurusan, Perakaunan dan Teknologi Maklumat. Pelbagai suka duka sepanjang hampir tiga tahun berkampung di situ sehingga terjalin ikatan perkahwinan diantara mereka. Sehingga ke hari ini, hubungan silaturrahim ahli kelab kekal terjalin dengan pelbagai agenda aktiviti yang akan diadakan kelak.

Penubuhan Takeshi Club adalah bertujuan untuk:


 Menjaga kebajikan bekas pelajar Takeshi

 Menjalinkan hubungan mesra untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama ahli

 Menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan tahap kecerdasan dan kerohanian ahli TC

 Berusaha untuk menjana pendapatan ahli bagi menjamin keperluan dan kehendak di era serba mencabar ini

 Menjadi medium perhubungan perniagaan dan kerjaya sesama ahli

 Matlamat jangkamasa panjang untuk kesinambungan persaudaraan walau dimana berada


 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free